Babak 8 :
Ku ambil kunci tersebut dan membuka pintu rumah... “Kcha..!”, pintu terbuka luas dan sangat gelap sekali.. aku mencari suiz lampu, kemudian terlanggar lampu dinding di rumahnya. “Adoi.. sakitnye.. celakak tol... apa nie? Lampu ? ha.. tu pun suiz.” Aku membuka suiz lampu dan terperanjat! “Biar betul ni?? Cantik gila rumah mamat ni!! Serba lengkap, tv plasma, sofa, peti ais, mesin basuh.. ...huhuhuhu.. syok kot..” aku sangat gembira menikmati rumah kawan ku ini “thanks” sangat-sangat. Tetapi “kenapa tak boleh tinggal lebih dari 48 jam ek?” hurm.. aku mula mencari punca rumah itu kenapa hanya boleh dihuni selama 2 hari sahaja... puas aku menggeledah kawasan rumah, bilik, bilik air, shiling rumah tetapi tiada jawaban. Mungkin kerana DIA tidak mahu sesiapa yang menumpang dirumahnya lebih daripada 2 hari kerana takut mereka lupa diri kot.. huhu. Aku gelak keseorangan. Aku pun pergi membersihkan diri kerana terasa melekit-lekit tubuh badanku ini berada didalam bas, selesai mandi aku baring dan menguncikan jam untuk bangun semula kerana interview bermula pukul 2 petang... pukul 12 tengahari.. “Ringtone berbunyi.” Menandakan sudah tiba waktu untuk aku bangun dan bersiap-siap untuk pergi ke tempat yang harus ku tuju.. interview. Sesi interview berjalan lancar seperti biasa sahaja sehinggalah mereka bertanya kepadaku “so, awak asal dari utara datang ke kuala lumpur tinggal di rumah siapa? Ada rumah sewa disini? Jika kami mengambil awak sebagai pekerja.. bagaimana awak nak datang bekerja misalnya disini...?” aku mendiam kan diri seketika... dan menipu mereka mengatakan aku mempunyai rumah sewa di kawasan rumah DIA. Lalu pegawai yang menginterview aku mengatakan yang benarkah aku tinggal disana. Aku berkata “betul encik, saya ada rumah sewa disana.” Aku menjawab dengan penuh tegas untuk mendapatkan keyakinan mereka kerana jika tidak sia-sialah aku datang ke kuala lumpur dan balik dengan tangan kosong. Selain daripada soalan itu, soalan yang lain ialah soalan “standard” ketika intervew dan aku berasa sesi interview itu amat cerah peluangku mendapatkan pekerjaan. Sesudah interview aku pulang kerumah... dalam perjalanan, aku menghantar mesej kepada kawan-kawanku yang lain bahawa aku berada di rumah DIA dan memberitahu aku sedang mencari kerja disini, aku mengajak mereka untuk datang kerumah DIA untuk melepak dan berbual kerana kami sudah 2 tahun lebih tidak berjumpa.. jarang sekali dapat peluang begini.. tetapi tiada jawaban..letih menunggu jawaban mereka aku terlelap.. (end babak 8)
No comments:
Post a Comment