babak 9:
Matahari menyinari dunia.... aduh.. sakitnya kepalaku ini.. mungkin terlalu lama tidur.. talifon bimbit pula sudah kehabisan bateri..aku segera bangun dan mengecaskan bateri talifon ku ini.. perasaan lapar membuatkan aku sakit kepala sangat sehingga aku terus menghala ke dapur untuk membuka peti sejuk dirumah DIA.. alangkah terkejutnya.. Penuh segala makanan... aku pelik, bagaimana DIA bo...leh menguruskan kehidupan dengan mempunyai rumah yang begitu cukup dengan segala keperluan..ada kalanya aku sangat jeles.. mungkin dia sudah berjaya kot.. tetapi aku sehingga sekarang pun tidak tahu apakah kerja yang DIA lakukan.. hurm agak meragui fikiran ku ini apabila memikirkan tentang DIA.
Tetapi aku sangatlah bersyukur atas segala makanan yang berada di dalam peti ais ini.. “thanks Bro kau lah sahabat sejati walau kau tu pelik.. huhu” aku berkata kuat-kuat.. aku berkata lagi..”kalau kau tak dengar.. aku minta maaflah tapi aku dah ucapkan terima kasih ya.. hehe”.
Aku pun mengambil makanan-makanan yang ada di dalam peti ais sebagai jamuan perutku.. senang hati ini.... Bila dah makan.. terasa nak hisap rokok huhu... ntah-ntah ada rokok “FREE” kot.. aku geledah semua kawasan-kawasan yang aku rase tempat simpanan rokok..huhu.. akhirnya jumpa juga.. hehe.. Dengan lagak gaya orang bujang yang mempunyai duit, aku menghisap rokok sambil menoton tv plasma DIA.. huhu.. kalau DIA tahu mesti dia mengamuk.. huhu..takpa-takpa belum 48 jam lagi.. masih ada 20 jam huhu..menonton tv sehingga lewat malam.. mengantuk rasanya.. aku lelap sebentar...
sedar tak sedar dah pukul 5 pagi.. huih.. dengan pantas aku mandi dan siap-siap untuk bergegas keluar dari rumah sebelum pukul 6 pagi.... akhirnya aku keluar.. pada pukul 5 setengah..huhu.. walaupun DIA tiada tetapi arahan DIA tetap aku patuhi.. walaupun rase macam tiada apa pun jika keluar esok pagi.. tetapi menumpang buatlah cara menumpang..sedar lah diri tu sikit.. huhu..
akhirnya aku megambil teksi di tepian jalan...terlupa pulak.. talifon bimbitku tertinggal... “pakcik tolong tunggu kejap ya.. saya nak ambil handphone saya.. tertinggal tadi.. kejap sahaja pakcik.” Pakcik itu melihat aku.. dan melihat jam.. kemudian berkata.. “sekejap ja tahu.” “okay pakcik”. Aku bergegas pulang kerumah dan mencari talifon ku.. akhirnya jumpa juga.. semasa mengambil talifon ku.. aku tersedar kelibat manusia pada skrin talifon ku yang gelap itu.. sekelip mata kepala ku dihentak oleh benda keras.. mungkin kayu atau tukul.. sakit yang amat sangat membuatkan aku terasa nak pitam dan talifon ku terjatuh dan terselit di bawah katil.. aku melihat serba serbi kumpulan manusia memakai sut hitam..agak kabur.. kemudian aku di telingkupkan dengan kain.. hanya inilah sahaja ayat terakhir yang mampu ku katakan.. “MAK, AYAH, AKAK dan ADIK-ADIK KU... MAAFKAN AKU.. TOLONGLAH SELAMATKAN AKU YA ALLAH, ENGKAU SAHAJALAH YANG TERAKHIR!” aku mengucap dan “BAM!!”
...........................................................................................................................
...........................................................................................................................
Nama aku Ramli dan inilah sebabnya DIA suruh aku tinggalkan rumah itu sebelum 2 hari. (end babak 9)
...........................................................................................................................
...........................................................................................................................
Nama aku Ramli dan inilah sebabnya DIA suruh aku tinggalkan rumah itu sebelum 2 hari. (end babak 9)
No comments:
Post a Comment