Wednesday, 7 January 2015

THE UNFORGETABLE babak 7

Babak 7: 

vrooom.....vrooomm...vruu... enjin terhenti. Sampai la aku di kawasan rumah DIA. “Dik, Rm 20 dik.. cepat sikit boleh? Pakcik nak pergi tempat lain pulak selepas nie.” Suara pakcik itu sepertinya gementar akan sesuatu.. mungkin kerana kawasan ini kelihatan sangat sunyi dan tidak berpenghuni.. tetapi aku telah biasa dengan keadaan yang begini kerana aku tinggal di kampung, tiada bunyi bisin...g dan tiada yang mengganggu. Jadi aku senang dengan keadaan seperti itu.. “okay pakcik, ini duit nya, Rm 20 ringgit.” Berbekalkan duit tabung, jenuh pakcik itu nak mengira kerana syiling sahaja dekat 5 ringgit didalam bungkusan plastik yang ku beri. Aku menoleh ke arah lorong-lorong kawasan rumah DIA. Gelap..dan sunyi.. hantu?? Tak terdetik di fikiran tentang itu.. aku mula mencari no rumah kerana pakcik teksi itu hanya menghantar aku sehingga di kawasan perumahan itu sahaja.. bagi aku tidak mengapa lah kerana RM 20 ringgit itu sudah memadai untuk tambang teksi, lagi lama lagi banyak la tambang yang perlu ku bayar.. Kehulu-kehilir aku berjalan mencari no rumah.. akhirnya jumpa jugak walaupun no rumah sudah tiada.. tetapi rumah di keliling menunjukkan yg rumah itu adalah rumah “DIA”. Melangkah ke pagar.. dan melihat arah sekeliling... tiada jiran pun rumah DIA ni... hurm.. aku terus membuka lampu Talifon bimbitku untuk menyuluh kearah almari kasut untuk mencapai kunci yang diselitkan oleh DIA. “KCHING!” bunyi kunci yang terjatuh di atas lantai.. aku mengambil dan kunci itu juga diselitkan sehelai kertas.. berbunyi “Jangan berada di rumah ini lebih dari 48 jam.” Aku tersentak seketika, di dalam fikiranku sudah mula memikirkan macam-macam hal..misalnya ada mayat, ada hantu ataupun ada benda-benda yang mengerikan didalam. Tak mungkin lah kot kerana aku kenal DIA, senakal-nakal DIA, DIA tak mungkin boleh melakukan hal sebegitu kerana aku masih teringat yang DIA sangat sayang kepada nyawa segala jenis hidupan sedangkan mencarik daun pun DIA akan memohon maaf terlebih dahulu kepada pokok tersebut, inikan pula membunuh orang. (end babak 7)

No comments:

Post a Comment