Wednesday, 7 January 2015

THE UNFORGETABLE babak 6

babak 6: 
aku membaca mesej yang diberikan dengan betul serta menyimpan mesej tersebut. selepas itu aku menghantar mesej kembali kepada no tersebut tetapi no itu adalah "private" jadi.. tak dapat lah aku ingin menanya khabar dan terima kasih kerana menumpangkan aku tinggal dirumahnya... akhirnya jam 6 pagi, aku sampai di kuala lumpur, kota yang masih hidup walaupun sepatutnya waktu itu sangat sunyi... dan tiada kenderaan lalu dan masuk... ulat-ulat berebut mencari pelanggan malah cuba mendapatkan aku untuk menjadi salah seorang pelanggan mereka. 3 orang memanggil aku.. dan aku menunjukkan mereka alamat rumah DIA kepada mereka.. mereka terkejut dan 2 daripada ulat tersebut menolak untuk menerima aku.. hanyalah pakcik yang berserban dan berjanggut itu yang rela untuk menghantar aku disana.. aku terkejut juga dengan reaksi mereka. Apakah tidak kena dengan alamat yang kawan ku berikan itu? persoalan itu bermain di kepala aku kerana aku amat bersikap curiga apabila sampai ditempat baru.. lebih-lebih lagi kuala lumpur..yang terkenal dengan kemajuan dan kelicikan berbagai jenis golongan manusia. aku meletakkan barangan aku ke dalam but teksi dan duduk di kerusi depan sebelah pakcik teksi tersebut..
didalam perjalan ke sana.. aku bersembang dengan pakcik tersebut, perbualan kami seperti biasa sahaja pada mulanya... tiba-tiba pakcik tersebut mula bertanya... "awak tau tak pasal kawasan yang awak nak pergi nie?" aku berkata "tahu cik, rumah kawan saya tu.." Pakcik itu terkejut dan terberhenti seketika teksi itu di tengah jalan.. Pakcik : "kawan awak?" pakcik itu terus memandu dan perbualan kami terhenti di situ. (end babak 6)

No comments:

Post a Comment