Babak 4:
Perjalanan ku di kuala lumpur.. mengambil masa selama 7 ke 8 jam.. jauh perantauan ku ini.. biasa lah, untuk mencari nilai kehidupan kita haruslah mencuba untuk mengubah haluan jika di tempat asal tidak dapat menunaikan realisasi impian hidupku ini. Dengan keadaan bas yang bergoyang, lagu iringan yang tidak ku fahami mungkin siaran cina atau india bergantung kepada pemandu bas tersebut. h...ehe... Dengan tabah dan mengharapkan interview ku ini membuahkan hasil... aku mengambil buku-buku universiti ku untuk mengulangkaji matematik. Tup! sekeping gambar terjatuh.. aku mengambil gambar tersebut.. kelihatan seperti gambar aku, dan kawan-kawan ku di belakang hostel bersama DIA. Jika tak salah aku, itulah kali pertama aku berjumpa DIA... DIA dengan gaya tak kurang "Jhon Travolta" memegang rokok di bibir... mengangkat kening seolah-olah membuat muka yang garang tetapi tidak marah. Pelik, amat pelik kerana ketika itu..aku dan kenalan lain sedang bersembang tetapi pada waktu itu DIA terus mencelah tanpa sebarang Salam yang diucapkan kemudian menghalau kami untuk beredar dari situ kerana ada "pak guard" sedang meronda menangkap pelajar yang menghisap rokok di hostel.. kami semua melarikan diri.. mencari port yang lebih selamat. (end babak 4)
No comments:
Post a Comment